Berikut disertakan bahan berkenaan untuk panduan dan rujukan pihak sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang telah dilancarkan pada 2013 telah mengariskan pelaksanaan District Tranformation Program (DTP). Salah satu inisiatif yang harus dilaksanakan di semua PPD adalah Perancangan Intervensi Lima Langkah ( PILL ). PILL mengariskan Lima Langkah yang perlu diikuti untuk menetapkan intervensi yang sesuai bagi sesuatu masalah. Melalui PILL, sekolah boleh mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di sekolah dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang serius. Dengan kaedah ini warga sekolah akan dapat gambaran dan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.